Skip to main content

vcc

Lawatan Jabatan Hidupan Liar Sabah 27 Februari 2020

Oleh: natrah@usm.my

270220 pic1

270220 pic2

Jabatan Perhilitan Sabah menghadapi masalah tentang peningkatan
kematian Gajah Pigni Borneo. Tahun lalu sahaja dianggarkan 25 ekor
gajah telah dibunuh dan dalam masa 10 tahun terkebelakang, 150 ekor
gajah ini telah dibunuh. Hasil dapatan ‘post-moterm’ mendapati lebih
daripada separuh gajah-gajah ini mati disebabkan keracunan. Namun
setakat ini, Jabatan Perhilitan belum dapat mengenalpasti agen racun
apa yang telah membunuh gajah-gajah ini - sama ada ia disengajakan
ataupun tidak. Dr. Navaneetha Roopan dan Dr. Sen Nathan, 2 orang
pegawai dari Jabatan Perhilitan Sabah telah datang ke Pusat Racun
Negara untuk berbincang dan menjalin kerjasama dalam mengenalpasti
agen racun yang telah meracuni gajah-gajah ini.