Kempen Kediaman Selamat (Siri 4) 22 Februari 2020
Oleh: natrah@usm.my
Ini merupakan siri keempat Kempen Kediaman Selamat yang telah dirancang dilaksanakan merangkumi 5 daerah di Pulau Pinang. Kali ini, kempen telah dijalankan di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kempen ini dilaksanakan dengan kejasama EXCO Perdagangan Dalam Negeri & Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang, Sahabat Pengguna, Jabatan Kesihatan Negeri dan beberapa agensi kerajaan lain. Kempen ini memberikant tumpuan dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada warga Pulau Pinang berkenaan keselamatan kimia di kediaman masing masing. |