Skip to main content

vcc

Berhenti BUKAN Beralih

Oleh: Sulastri Samsudin

67ms1a

JANGAN TERTIPU KALI KEDUA!

Rokok elektronik atau vape BUKAN bantuan berhenti merokok yang terbukti berkesan

Industri tembakau sentiasa berusaha untuk menggagalkan sebarang usaha untuk berhenti merokok — dengan pelbagai kaedah. Sejak lebih sedekad yang lalu, industri tembakau mempromosikan rokok elektronik atau vape sebagai sebahagian daripada alat bantuan berhenti merokok. Kononnya ini sebagai satu usaha untuk mengawal penggunaan tembakau dunia. Namun, pada masa yang sama, mereka telah menggunakan kaedah pemasaran strategik bagi menjerat kanak-kanak dan remaja dengan menghasilkan lebih 15,000 perisa vape di pasaran.

Belum ada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan penggunaan vape berkesan dalam membantu seseorang untuk berhenti merokok. Justeru itu, perokok yang beralih kepada vape untuk berhenti merokok belum terlepas daripada ketagihan yang membelenggu mereka!

“Untuk membebaskan diri dari belenggu tembakau, dapatkan bantuan daripada perkhidmatan atau ubat-ubatan yang telah terbukti secara saintifik. BUKAN daripada kempen oleh industri tembakau — industri yang sama yang selama ini telah menipu dan memperdayakan pengguna dengan menjual produk yang telah membunuh jutaan manusia,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Rokok elektronik atau vape juga menghasilkan bahan kimia toksik yang telah dikaitkan dengan kesan buruk terhadap kesihatan seperti penyakit jantung dan paru-paru.

Artikel ini diadaptasi daripada sumber berikut: Quit tobacco to be a winner (who.int)

#TotalVapeBan | #WNTD2021 | #HariTanpaTembakauSedunia

67ms1cc

67ms1b