Skip to main content

vcc

Laman Web PRN

Oleh: natrah@usm.my

 

Malaysian Drug & Poison NET 
 

Memaparkan aktiviti PRN, artikel dari PRN, isu-isu berkenaan keracunan di Malaysia dan luar negara.

The Poisoned World - kes-kes keracunan utama yang berlaku di seluruh dunia. http://www.prn.usm.my/diary

Traditional Malay Poisons - Menyediakan senarai tumbuhan beracun, ular berbisa dan santau. http://www.prn.usm.my/plant

PRN Links & Mirror Sites - Senarai sambungan beberapa pelayan Web pilihan di seluruh dunia. Terdapat lebih daripada 450 sambungan, yang mana maklumat di dalamnya dirasakan dapat memberi manafaat kepada pengguna sama ada sebagai rujukan profesional ataupun sekadar pengetahuan umum. Pelayan Web dipilih mengikut kategori iaitu Ubat-ubatan, Bahan Kimia, Bantuan kecemasan, Makanan, Hazmat (bahan-bahan berbahaya), Racun Makhluk Perosak, Racun dan lain-lain lagi. http://www.prn.usm.my/sites/index.html

PRN Bulletins & Articles - Buletin terbitan PRN dan semua artikel PRN yang tersiar dalam akhbar-akhbar dan majalah sejak dari tahun 1995. Lebih daripada 620 artikel telah disenaraikan. http://www.prn.usm.my/bulletin/bulletin.html

PRN Services - Menceritakan serba ringkas peranan dan perkhidmatan yang diberikan oleh PRN. http://www.prn.usm.my/prn2000.html#services

PRN Emergency & First Aid - Maklumat, alamat dan nombor telefon untuk kes kecemasan di samping menghubungkan kepada pangkalan data First Aid untuk membantu dalam menangani kes tersebut. http://www.prn.usm.my/prn2000.html#emergency

News & Health Information - Ringkasan artikel mengenai keracunan dan kesihatan yang tersiar dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia dan sumber-sumber serantau. http://www.prn.usm.my/headline/news.html

PRN Consult - Kumpulan PRN Consult dari bulletin prn8099. Ulasan mengenai keracunan bahan tertentu dan cara menanganinya. http://www.prn.usm.my/consult

Continuing Education & Meetings - Versi elektronik program 'Continuing Education on Clinical Toxicology' (CECT) yang terdapat dalam buletin prn8099. Juga menyediakan senarai program pendidikan lanjutan dalam bidang toksikologi dan famakologi dari pelayan Web di seluruh dunia di samping senarai persidangan antarabnagsa dan mesyuarat yang akan berlangsung sehingga tahun 2002. http://www.prn.usm.my/cect

Research at PRN - Halaman ini memaparkan penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan di PRN.

http://www.prn.usm.my/prnnet.html

 

 United for Tobacco Free Malaysia

Laman web ini dibangunkan berikutan tertubuhnya Kelab Nafas Baru, iaitu satu-satunya kelab bebas tembakau yang ditubuhkan di sekolah di Malaysia.

Kelab ini ditubuhkan sebagai satu langkah bagi membantu pelajar-pelajar membebaskan diri dari tabiat buruk merokok.

Selain daripada memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab, laman web ini juga menyediakan pelbagai maklumat mengenai rokok. Ia merangkumi statistik, ringkasan berita dari akhbar-akhbar utama di Malaysia, artikel-artikel mengenai industri rokok dan sebagainya.

http://www.prn.usm.my/tobacco.html

 

 

 Viagra Alert

Laman Web ini bertujuan untuk membantu orang ramai khasnya bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkenaan dengan ubat Viagra. Ia mengandungi maklumat-maklumat terbaru tentang ubat Viagra, ringkasan berita yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan, rangkaian-rangkaian maklumat daripada laman-laman web dan statistik terkini kes kematian akibat penggunaan Vigara.

http://www.prn.usm.my/viagra.html

 

 Special Issue & Update

Antara isu yang diketengahkan ialah ketiadaan label pada ubat gigi berflorida di Malaysia. Pelabelan tambahan ini diperlukan demi menjamin penggunaan ubat gigi berflorida yang lebih berkesan dan selamat. Ia berdasarkan laporan peningkatan berlakunya florosis bagi kanak-kanak akibat daripada florid ditelan dengan berlebihan secara tidak sengaja apabila memberus gigi.

http://www.prn.usm.my/updates

 

 News & Health Information

Mengandungi ringkasan pelbagai maklumat kesihatan dan keracunan yang tersiar dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia dan sumber serantau bermula daripada bulan Oktober 1995. Berita-berita ini disenaraikan mengikut minggu bagi setiap bulan. Sasaran utama bahagian ini ialah untuk memberitahu pengguna mengenai kejadian-kejadian keracunan yang berlaku di seluruh negara setiap hari.

http://www.prn.usm.my/headline/index.html

 

 

 Hiroshima on My Mind

Laman web yang dibangunkan khas sempena memperingati Tragedi Bom Atom yang digugurkan di Hiroshima pada 6hb. Ogos 1945. Ia mengandungi kisah pengalaman seorang anak Malaysia (Abdul Razak bin Hamid) yang terselamat di dalam tragedi tersebut dalam bentuk artikel, laporan akhbar dan gambar foto.

http://www.prn.usm.my/my.html