vcc

Racun Perosak di dalam Sayuran dan Buah-buahan Segar

| oleh Mohamed Nazri Bin Mohamed Tahir 

ms5

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari adalah penting untuk membekalkan khasiat seimbang iaitu serat, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Sebagai pengguna pastinya kita sentiasa cerewet dalam memilih sayuran atau buah-buahan yang segar serta berkualiti.

Tahukah anda rahsia di sebalik kesegaran produk hasil tani ini? Kebanyakan petani moden yang menjalankan industri pertanian secara bukan organik akan menggunakan racun perosak sintetik bagi melindungi hasil tanaman daripada jangkitan penyakit, serangan bakteria dan makhluk perosak seperti rumpai dan serangga. Tumbuhan yang berdaun seperti sawi dan bayam atau buah-buahan seperti strawberi dan anggur lebih mudah rosak berbanding tumbuhan berkulit keras seperti labu. Oleh yang demikian, lebih banyak racun perosak disembur kepada tanaman ini agar ia tidak rosak sebelum dituai.Namun, pengguna perlu tahu bahawa residu racun perosak yang terlekat pada tumbuhan ini akan meresap ke dalam kulit tumbuhan dan kekal di dalamnya dalam tempoh yang lama. DDT misalnya boleh berada di dalam tanah sehingga berpuluh tahun malah ia juga menjadi residu racun yang mencemari hasil tanaman termasuk di kawasan pertanian organik. 

Apa itu residu?

Residu ialah lebihan sama ada dari segi kuantiti, kadar, kekuatan atau kepekatan racun perosak yang ditentukan di dalam sesuatu produk makanan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab untuk menentukan kandungan residu racun perosak yang dibenarkan dalam produk makanan berpandukan kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Selain itu, Jabatan Pertanian pula terlibat dalam memberikan syor kepada KKM berkaitan had maksimum residu dalam pertanian. Sampel-sampel hasil pertanian akan diambil sama ada dari ladang, pasar ataupun pintu-pintu keluar utama bagi tujuan eksport. Seterusnya analisis makmal ke atas sampel-sampel tersebut akan dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia bagi menentukan paras residunya. Hasil pertanian yang didapati mengandungi residu melebihi paras yang ditetapkan akan dirampas dan dimusnahkan oleh pihak berkuasa. 

Pendedahan racun perosak boleh menyebabkan kemudaratan kepada manusia. Antara gejala ringan yang menandakan anda mungkin mengalami keracunan racun perosak ialah sakit kepala, pening, loya, cirit-birit, insomnia dan kerengsaan pada bahagian mata, kulit, hidung serta tekak. Gejala ini boleh berlaku jika anda terdedah dalam jumlah yang banyak selepas beberapa jam. Selain itu gejala yang lebih teruk ialah penglihatan kabur, kekeliruan, muntah, ketegangan di bahagian tekak dan degupan jantung yang pantas. Gejala yang lebih membimbangkan ialah kebakaran kimia, tidak sedarkan diri, kesukaran bernafas dan kahak yang berlebihan dalam salur pernafasan. 

ms6

Bahagian Kawalan Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia ialah agensi yang mengawal penggunaan racun perosak dalam bidang pertanian di Malaysia. Hanya racun yang berdaftar dengan agensi ini sahaja dibenarkan untuk digunakan dan para petani diberi pendidikan tentang cara penggunaan yang selamat. Mereka juga memastikan tanaman dan sayuran yang dipasarkan mematuhi garispanduan residu racun perosak yang dibenarkan bagi mengelakkan risiko keracunan kepada pengguna. Kesalahan mengedar dan menjual tanaman melebihi had residu racun perosak yang dibenarkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau sepuluh tahun penjara atau kedua-duanya mengikut Akta Makanan 1983. Bagaimana pengguna boleh mengurangkan pendedahan kepada racun perosak? Membeli produk organik adalah salah satu pilihan yang baik kerana produk-produk ini semestinya tidak terdedah kepada racun perosak sintetik. Namun, harganya adalah lebih tinggi berbanding dengan produk pertanian biasa. Oleh itu, bagi tanaman bukan organik, langkah pembersihan yang betul perlu diamalkan oleh pengguna bagi memastikan penyediaan makanan yang bersih dan selamat. 1. Bersihkan tangan dengan air suam dan sabun selama 20 saat sebelum dan selepas menyediakan sayursayuran dan buah-buahan. 2. Potong dan buang bahagian tumbuhan yang rosak 3. Bilas dengan air yang bersih sebelum mengupas kulitnya. Alirkan air pada sayuran atau buah-buahan dengan sekata dan gosok perlahan-lahan dengan tangan.

 

 


Pusat Racun Negara
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia

telephone handset blue icon small : +604-653 2265
blue email box circle png smallprnnet@usm.my
Admin Login