Skip to main content

vcc

Kelab Nafas Baru Berusia 3 Tahun!

Oleh: natrah@usm.my

KELAB NAFAS BARU (KNB) yang diilhamkan pada Ramadhan 1997 telah masuk ke tahun ketiganya pada alaf baru ini. Ini adalah salah-satu daripada kejayaan berterusan bagi sekumpulan pelajarpelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sebarang Jaya (SMKSJ) yang telah berusaha untuk membuat tabiat merokok mereka di bawah cogan kata KNB - "Azam Baru, Nafas Baru".

Dengan bantuan pihak sekolah terutamanya guru kaunseling, Cikgu Lim Beng Kung, KNB kini merupakan kelab tanpa tembakau pertama di negara ini yang berjaya mengasuh pelajar-pelajarnya berhenti merokok melalui pendekatan ‘bottom up’.

Kini KNB menjangkau usia tiga tahun dan berbagai pengalaman serta kejayaan telah mereka tempa. Berikutan ini, KNB sekolah SMSJ telah dapat menarik minat berbagai pihak termasuklah beberapa sekolah lain yang ingin mencontohi usaha gigih mereka. Ahli KNB SMSJ kini sering dijemput untuk membantu dalam usaha untuk menubuhkan KNB. Di samping itu, Jabatan Kesihatan Negeri serta Jabatan Pendidikan Negeri juga menunjukkan minat dalam memperluaskan penubuhan kelab ini khususnya di Pulau Pinang.

Semua ini menampakkan bahawa pelajarpelajar sebenarnya dapat didorong untuk menunjukkan azam yang tinggi dalam menangani masalah mereka sendiri jika diberi kesempatan dan pengiktirafan yang sewajarnya.

Dalam usaha menyambut ulangtahun ketiganya KNB SMSJ lagi sekali telah menunjukkan kegigihan mereka apabila berjaya mengembelingkan tenaga
bersama-sama kelab-kelab lain di sekolah itu untuk mengadakan berbagai aktiviti. Ini memeriahkan keadaan di sampingan mengukir satu imej yang positif bagi KNB dan ahli-ahlinya.

Diatas usaha mereka yang memberangsangkan itu, kita mengucapkan syabas dan selamat menyambut hari lahir ketiga.