Skip to main content

vcc

Projek ‘Adopt a Kit’ - 10 Mac - 7 April 2021

Oleh: natrah@usm.my

adoptakid

Program ini melibatkan pengumpulan DANA atau SUMBANGAN daripada pihak persendirian, badan korporat ataupun institusi untuk menaja Produk IBest: BUKU CERITA SIRI BEBAS ASAP ROKOK sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak Tadika yang majoritinya daripada keluarga B40. BUKU CERITA SIRI BEBAS ASAP ROKOK merupakan inisiatif Pusat Racun Negara bagi mendidik kanak-kanak seawal 4 tahun mengenai BAHAYA MEROKOK dan KESAN ASAP ROKOK BASI. Ianya diolah dalam bentuk cerita kanak-kanak yang santai, ringkas, mudah difahami di samping ilustrasi yang menarik. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca, memahami informasi yang ingin disampaikan serta membentuk jati diri untuk tidak merokok apabila dewasa kelak. Menerusi bahan pendidikan ini, kanak-kanak berpotensi dijadikan agen pendorong bagi ahli keluarga untuk berhenti merokok.
Setakat 7 April 2021, projek ini telah berjaya memperoleh tajaan untuk 40 set buku cerita dan pembelian terus 20 set buku cerita. PRN mengucapkan berbanyak terima kasih kepada individu yang telah menyokong projek ini.