Skip to main content

vcc

Tahukah Anda: Bulan Pencegahan Keracunan Kebangsaan PRN

Oleh: Rosman Ahmad

Sambutan minggu pencegahan keracunan disambut pada minggu ketiga Mac di Amerika Syarikat sebagai usaha meningkatkan kesedaran orang tentang risiko keracunan bahan kimia ubat-ubatan, racun makhluk perosak, racun serangga atau haiwan berbisa dan juga gas beracun dan mampu mencegah keracunan.

Ads:

Bersempena sambutan Jubli Perak, Pusat Racun Negara telah memulakan inisiatif yang sama pada 2017 dengan menganjurkan Siri Kempen Kediaman Selamat di 5 buah daerah di Pulau Pinang selama 3 tahun. Sejak pandemik Covid-19 melanda, PRN telah mengubah strategi dengan mengadakan kempen ini secara dalam talian sepenuhnya bermula pada tahun 2021 dengan nama Bulan Pencegahan Keracunan Kebangsaan (BPKK). Kempen pencegahan keracunan anjuran PRN juga diadakan setiap Mac sebagai simbolik kepada bulan penubuhan PRN lebih 2 dekad yang lalu.

70ms8