Skip to main content

vcc

Ketidaksuburan dan kecacatan bayi:

Oleh: natrah@usm.my

Bahan Kimia Pelarut

Pelarut organik seperti xylene, aseton, trikloroetilina dan bahan kimia berasaskan petroleum boleh menyebabkan keguguran. Bahan-bahan ini boleh didapati dalam aktiviti industri dan kegunaan harian rumah seperti bahan-bahan kosmetik, wangi-wangian, pelembut pakaian dan sebagainya.

Kajian pendedahan pelarut di tempat kerja menunjukkan insiden kejadian melebihi 4 kali ganda keguguran spontan di kalangan pekerja wanita yang diambil bekerja di tempat pemasangan mikro-elektronik dan 15% kadar keguguran dalam syarikat pemasangan cip silikon. Ia telah disabitkan dengan penggunaan pelarut organik dalam kerja-kerja pencucian komponen elektronik.

Bapa yang terdedah kepada polivinil alkohol dan benzena yang didapati dalam gasolin, pelarut, perekat juga dikaitkan dengan 50% pertambahan bahaya kelahiran anak tidak cukup bulan di samping kelahiran anak yang cacat. Satu kaji selidik yang dilakukan telah menunjukkan kaitan antara bapa dengan anak-anak yang mengalami kecacatan pada sistem sarafnya, mendapat penyakit leukemia dan ketumbuhan otak. Kumpulan bapa ini merupakan pekerja dalam industri cat, pelarut kimia atau sebagai tukang cat.

Memandangkan bahaya kimia di atas, ILO (International Labour Organization) dan NIOSH (National Institute for Occupational Safety and Health) telah mengeluarkan senarai bahan kimia yang mesti dielakkan oleh wanita atau lelaki semasa bekerja. Anda juga dinasihatkan untuk memastikan kandungan kimia sama ada asli atau sintetik, berbahaya atau tidak sebelum anda membeli atau mengguna sebarang produk berasaskan kimia. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari persatuan pengguna, institusi kesihatan atau hubungi terus Pusat Racun Negara.

Bahan kimia yang boleh mempengaruhi dan memberi kesan ke atas sistem pembiakan

Bahan kimia

Kesan ke atas lelaki

Kesan ke atas wanita

Benzene

Mengurangkan kesuburan

Kerosakan kromosom

Kerosakan kromosom

Kloropren

Mengurangkan kesuburan;

Kerosakan sperma

Pelarut organik

Mengurangkan kesuburan

Kerosakan kromosom; Keguguran

Kecacatan anggota bayi