Skip to main content

vcc

PENAWAR 69 - Kempen Drive Towards Zero Harm 5 Nov-5 Dis2021

Oleh: natrah@usm.my

69aktiviti1

Kempen Drive Towards Zero Harm (DTZH 2021) anjuran Pusat Racun Negara dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan iaitu Malaysian Green Lung Association, IKRAM Health Malaysia dan Medical Mythbusters Malaysia telah berlangsung selama sebulan bermula 5 November sehingga 5 Disember 2021 secara dalam talian dan melalui media perdana.

Kempen yang telah dilancarkan oleh Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Sains Malaysia ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang bahaya penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali dengan istilah vape serta mengurangkan penerimaan rokok elektronik dalam
kalangan masyarakat dan memperbetulkan pemahaman masyarakat tentang konsep “harm reduction” dalam menangani isu merokok yang disebarkan oleh industri tembakau.

Pelbagai program termasuklah webinar, forum dan temubual, telah dijalankan sesuai untuk semua lapisan masyarakat melibatkan lebih 30 tokoh ilmuwan, agamawan, profesional dan aktivis kesihatan sebagai barisan panelis dan moderator. 

69kempen 5nov 5dis2021a