Skip to main content

vcc

Program KAMiBest

Oleh: natrah@usm.my

Pada 26 Julai 2021, Pusat Racun Negara telah melancarkan Program KAMiBest iaitu satu projek libatsama komuniti universiti yang mendapat pembiayaan melalui geran Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia (BJIM).

KAMiBest merupakan program bina upaya dan pemerkasaan guru-guru pra sekolah dengan Teknik Bercerita Kamishibai untuk mempromosikan literasi kesihatan tentang bahaya merokok kepada kanak-kanak di Pulau Pinang.

Program KAMiBest dilaksanakan bersama rakan strategik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pulau Pinang selama 1 tahun bermula 1 Julai 2021 dengan mensasarkan seramai 30 orang guru terlatih dan 600 orang pelajar Tabika KEMAS yang bakal mendapat manfaat daripada program ini.

Majlis pelancaran Program KAMiBest telah dijalankan secara dalam talian dan disempurnakan oleh Tuan Syed Yusof Syed Kechik, Pengarah Jaringan Komuniti, BJIM, USM dengan kehadiran lebih 320 peserta yang turut mengikut webinar Siri Bebas Asap Rokok sejurus selepas majlis.

Projek ini sedang berjalan sekarang dan beberapa aktiviti utama telahpun dilaksanakan dengan jayanya. Semoga perjalanan projek ini lancar dan usaha ini ini dapat diperluaskan capaiannya ke seluruh negara kelak.

 68KAMIbest 9Julai21

Sesi taklimat dan perkenalan bersama guru-guru KEMAS yang diadakan pada 9 julai 2021

 

68KAMIbest 8 16Julai21

Sesi semakan semula teks pada kad cerita kamishibai bersama guru pakar KEMAS yang diadakan pada 8, 13 dan 16 julai 2021