Skip to main content

vcc

Latihan Industri di PRN 22 Feb - 4 April 2021

Oleh: natrah@usm.my

LatihanIndustri                   LatihanIndustri2

Pada 22 Februari sehingga 4 April 2021, 5 orang pelajar latihan industri (Chan Qiao Hui, Nurul Azreen Syafina Binti Mohd. Nizar, Nornadia Nazuha Binti Abu Kasim, Nurul Amilin Binti Yusoff dan Nurul Suhaida Binti Mohamed) dari Pusat Pengajian Sains Kimia telah mendaftar diri di Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara. Seorang lagi (Nursyaza Dini Binti Mohammad Zaip) adalah pelajar dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan yang ditempatkan di Makmal  Toksikologi, PRN selama 4 minggu. Antara objektif latihan industri ini ialah:

1. Mendedahkan pelajar kepada suasana dan pengalaman bekerja di dalam makmal.
2. Mempelajari rutin harian makmal perkhidmatan bermula dari penerimaan sampel sehingga pengeluaran keputusan kepada pelanggan.
3. Memperkenalkan perkhidmatan analisis yang dijalankan di makmal dan kepentingannya.
4. Mempelajari kaedah kalibrasi peralatan kecil makmal.
5. Mempelajari kesihatan dan keselamatan makmal.

Latihan industri yang mengetengahkan latihan teori dan praktikal disamping skil pengendalian peralatan makmal ternyata memberi pengalaman baru kepada pelajar. Pelajar didedahkan dengan suasana bekerja sebenar dengan kehadiran sampel, sampel analisis dan rutin makmal lain seperti kalibrasi peralatan dan lain-lain yang perlu dilaksanakan pada masa yang sama ternyata memberi pengalaman yang sangat berharga kepada mereka.

Secara keseluruhan, pelajar amat berpuas hati dengan pembelajaran dan pengalaman baru yang diperolehi di Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara dan merasakan masa yang ada terlalu singkat dan berlalu dengan pantas untuk mereka menimba lebih ilmu dan pengalaman di Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara. Harapan kami, semoga pelajar dapat mempraktikkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam apa jua bidang yang diceburi nanti.  Selamat Berjaya!!.

LatihanIndustri3     LatihanIndustri4

 

 LatihanIndustri5        LatihanIndustri6